Kehidupan

Sajak

Motivasi

Islamik

Motivasi

Ukhuwwah

Perkahwinan

Sajak

» » Payung Yang Bocor



Lama sudah saya menulis dalam blog ini. Terasa sungguh lama. Dalam ruang lingkup yang ada. Seringkali saya banyak berfikir tentang kehidupan ini. Setiap satunya ingin saja saya coretkan dalam bidang penulisan. Pernah dulu, seorang ustaz memberitahu bahawa apabila kita menulis sesuatu perkara tentulah ia penting bagi kita. Bila kita mengangap sesuatu itu sangat penting, maka kita akan mengingatinya. Antara salah satu kelemahan saya ialah mudah lupa. Kadang-kadang sesuatu perkara itu, jika saya tidak mengambil perhatian yang serius, mudah lupa.

Terimalah tulisan insan lemah ini. Payung Yang Bocor.

Bukan tujuan saya menulis entri pada kali ini, hendak membuka pekung didada. Tidak pula saya menginginkan belas atau kasihan. Jika nada terbaca entri ini. Anggap saja ia perkenalan dari saya buat mereka yang selalu menjenguk blog maknakata.com. Anggap saja ia suatu ekspresi yang terpemdam. Untuk saya dan pembaca saling berkenalan atau dua tujuan. Jika berkenan, maka kita akan menjadi sahabat alam maya ini. Jika tidak, maka cukup saja dengan menghindarkan diri.
Kalau ada salah dan silap. Saya lebih suka untuk minta maaf jika yakin ia adalah salah saya. Kerana maaf sangat mempunyai hikmah atau kuasa yang mengubah minda. Dengan maaf, akan tertolak kesombongan dalam diri. Menjemput pintu kebaikan dalam diri. Membuang segala prasangka dan dendam. Maaf sumber bahagia.

Begitulah saya, di ruang kehidupan ini saya menulis ceritera hidup. Samada duka atau duka. Saya banyak memerhatikan persekitaran sekeliling. Dengan automatik fikiran saya akan memikirkan banyak perkara. Mungkin saja tidak patut untuk membiarkan fikiran melayang entah kemana. Kadang-kadang saya cuba menghentikannya, tetapi ia amat sukar. Sejak dari kecil lagi. Saya memang begitu. Manusia, ia terbina dengan apa yang ada sekarang kerana persekitaran bukan?

Sedikit demi sedikit saya cuba mengawalnya. Dengan bahan bacaan yang saya yakin mampu mengawalnya. Setiap masalah saya tulis, walaupun dalam pelagai genre yang berbeza. Setiap artikel dalam blog ini, ada cerita disebaliknya. Penuh, sarat. Saya ubah supaya ia sesuai untuk dibaca. Setiap kali saya cuba ubah sesuatu perkara supaya biarpun sesuatu keadaan itu buruk. Saya ingin menjadikan ianya baik.

Bersyukur Dengan Yang ada
Daripada sekolah menengah lagi. Tiba-tiba saya perasan ada uban di kepala. Ramai juga kawan-kawan sekolah yang gelak. Mengatakan, sudah tua. Saya pun tak pasti samada ia uban berpenyakit atau lain-lain faktor. Ejekan itu, saya pendam dalam hati. Tidak pula saya mengherdik kawan-kawan yang lain. Kawan-kawan yang menyatakan saya kurus. Dengan pelbagai kata, tidak pula saya mencebik bibir dan sebagainya bentuk bantahan lain. Sebaliknya saya hanya melemparkan senyuman. Ajaib kuasa syukur, ia semakin hilang bila saya melangkah ke umur 20 an. Ia berkurangnya, walaupun masih ada.

Saya, selalu berkata pada diri. Maafkan mereka, itu cuma gurauan. Walaupun terkadang ia menyakitkan. Betulkan bahawa kata-kata bisa lebih tajam daripada pedang? Jika disalah guna, ia meruntuhkan semangat, melemahkan jiwa.  Itu antara sebab, bila saya masuk ke kelas, bertemu dengan pelajar-pelajar. Jika ada yang bermasalah saya tidak memberikan label negatif. “awak malas” atau “kenapa awak jadi macam ni”. Saya cuba elakkan. Kerana ia tajam. Membunuh potensi.

Saya masih disini, bersyukur. Saya memang kurus dan kecil. Tapi saya bertuah. Melihat ramai lagi yang tidak mempunyai tangan, cacat, tidak berdaya. Tapi saya tidak, syukur. Masih boleh berdiri. Saya jadikan kata-kata negatif yang pernah dilemparkan untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur bukan hanya menerima bulat-bulat, kerana konsep syukur sebegitu adalah salah. Syukur adalah selalu memperbaiki diri kearah yang lebih baik berbekalkan kudrat yang ada.

Jika kita melihat orang yang bawah kita akan sedar kita masih berada ditempat yang tinggi, maka timbul rasa syukur. Bila kita memandang yang tinggi pula dengan melihat yang atas maka kita akan lebih rendah diri. Lebih percaya pada kebolehan diri. 


Dalam bersahabat
Dari dulu lagi, saya cuba memahami diri. Saya jenis orang yang suka bersendirian sejak kecil dan tak punya ramai kawan. Sebab itu bila ditanya rakan-rakan sekolah rendah, maka jawapan biasa yang saya berikan adalah “Yang mana ya? Saya tak ingat. Kerana kalau sekadar kenal sepintas lalu saya kurang ingat. Kerana waktu sekolah rendah. Saya dengan dunia saya dan hanya mengenali kawan-kawan yang betul-betul rapat.

Oleh kerana saya tidak mempunyai kawan rapat yang ramai. Di atas sebab itu saya menghargai setiap masa bersama mereka. Walaupun terkadang berlaku sedikit pertengkaran, saya hanya biarkan saja ia berlalu kerana kegembiran sebelum ini menutup segala salah faham yang sedikit. Semua kisah yang sesuai saya kongsi bersama mereka. Pernah saya mengalirkan air mata di hadapan mereka atas sesuatu masalah. Ia sebuah bebanan yang mereka turut tanggung bersama. Nasihat mereka jadi pedoman hidup. Mereka umpama saudara saya. Indah ukhuwah ini kerana Allah.

Sewaktu sakit, merekalah yang banyak membantu. Mereka tidak kisah duit mereka habis. Tenaga mereka terbuang. Pernah juga darah saya terkena tangan-tangan mereka. Mereka tetap lagi disini. Allahuakbar. Betapa bersyukurnya saya mendapat sahabat-sabahat seperti mereka. Jika hendak bersahabat sampai syurga, apa yang perlu ialah memberi. Kelak kita akan menerima. Terima segala kekurangan dan cuba memahami setiap inci kelemahan. Di situ, kita akan temui dicelah-celahnya ada kebaikan yang melengkapi kelemahan mereka. 
Dengan itu kita akan gembira bersama mereka.

Walaupun terkadang saya berasa sangat lemah, mereka masih disini.
“Hafifi, keluarga masih perlukan kau”.


Pernah berkali-kali saya menyebut, kepada rakan-rakan yang rapat dengan saya sebagai satu analogi. “Saya ini ibarat payung yang bocor. Jika kamu hendak menumpang teduh, maka setiap kali itu juga saya akan memberitahu bahawa jika hujan, anda akan basah dibawahnya. Jika kamu terima dan kemudian kamu basah tika hujan dan tidak tahan, maka kamu ada dua pilihan. Masih berlindung dibawahnya dan menampal mana yang bocor, atau pergi”. Syukur, masih lagi sahabat-sahabat yang ada. Walaupun dengan banyaknya kelemahan diri. Diterima atas kelemahan adalah lebih bermakna daripada kelebihan. 

Muhammad Hafifi
19/6/2014

«
Next
This is the most recent post.
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply